BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MUSOLLAH

TARIKH: 15 MEI 2010


































Tuesday, April 6, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Monday, April 5, 2010

PERTANDINGAN MTQ (MAJLIS TILAWAH QURAN)PERINGKAT ZON BANDAR




Pada 30 Mac 2010 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Majlis Tilawah Quran (MTQ) di Sekolah Kebangsaan Minyak Beku. Pertandingan ini telah melibatkan 7 buah sekolah iaitu SK Bandar, SK Seri Binjai, SK Parit Lapis, SK Monfort, SK Bindu, SK Parit Bilal dan tuan rumah SK Minyak Beku. Antara pertandingan yang diwakili oleh peserta adalah Pertandingan Penulisan Jawi, Berzanzi, Kuiz, Tilawah, Hafazan dan Bercerita.

Pertandingan telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir sekitar pukul 4.00 petang. Pertandingan ini merupakan saringan bagi memilih wakil ke peringkat Daerah yang bakal diadakan pada 10 April di SK Seri Pasir.

Berikut merupakan senarai wakil yang berjaya ke peringkat Daerah:

KATEGORI

NAMA PESERTA

SEKOLAH

KUIZ

1) ZARIFAHZAWANAH BINTI ABD AZIZ

2) NURUL AZZWIN AZZURA BINTI SHAHRUDIN

3) SITI NURISMARLIA BINTI KAMISAN

SK MINYAK BEKU

BERZANZI

1) MUHAMAD SHAZMAN BIN SHAMSUDIN (L)

2) FARAH NAJWA BINTI ABDUL RAHMAN (P)

SK MONFORT

SK BANDAR

BERCERITA

1) AHMAD MUJAHID BIN MOHAMED (L)

2) NOR SALSABILA BINTI AZLAN (P)

SK PARIT BILAL

HAFAZAN

1) IQBAL HADI BIN SULAIMI (P)

2) NUR HANA NASIHAH BINTI MUHD SABRI (P)

SK MONFORT

SK SERI BINJAI

PENULISAN JAWI

1) MOHAMED FAISAL SYUKRI BIN ABU BAKAR (L)

2) HAMIDAH BINTI SHEIKH ISA

SK SERI BINJAI

SK PARIT LAPIS

TILAWAH

1) MOHAMAD AMIRUL AMIN BIN BAKRI (L)

2) NURUL HIDAYAH BINTI HEZLI

SK SERI BINJAI

SK PARIT LAPIS

Tahniah diucapkan kepada peserta. Semoga berjaya di peringkat seterusnya.


Sekitar Pertandingan MTQ



Para juri khusyuk mendengar bacaan berzanzi daripada salah seorang peserta

Pertandingan Kuiz


Khusyuk wakil dari SK Monfort memperdengarkan bacaan berzanzi

Tuesday, March 30, 2010

10 pesanan Luqman Al-Hakim pada anaknya…

10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan

10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.